Thursday, October 18, 2012

Thursday, July 12, 2012

Berbaloikah Nilai Ringgit Yang Kamu Bayar Pada Photographer?

Pernah tak kita terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?

Pernahkah kita terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?

Berbaloikah dengan apa yang kita bayar terhadap photographer yang kita pilih utk perkahwinan kita?

Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk anda.. :)

Katakanlah photographer yang anda pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8x12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420

Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50

So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650

Total gadget ialah RM26280…

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR 7D hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?

Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?

Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya.........

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 dan keatas itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”… :)

Testimoni





Click here for continue Reading.

To Akmal Ladan & Princess Nysa :) you guys are so cool...
Posted by Mas Adde on Monday, 21 May 2012

Friday, May 18, 2012

Di antara kemeriahan dan keunikan majlis perkahwinan di Melaka

Di antara suasana kemeriahan dan keunikan majlis perkahwinan di Melaka

Saya bukan lah anak jati Melaka, saya ni orang perak piauu… Tapi bila mengikut suami dan team photographer kami EventShutter bertugas mengambil gambar majlis perkahwinan di sekitar melaka.. wow!! Tak sangka kat Melaka ni ada adegan tambahan..  siram air, main main arang dan pelbagai aksi lagi selepas majlis berlangsung..  Bagi saya ini adalah antara kenangan yang indah yang perlu dimemorikan.. Lets check it out antara memori unik dan meriah tersebut..
Gambar-gambar ini dirakamkan sempena majlis perkahwinan Saiful & Lisa, di Tanjung Kling, Melaka…


Jamil & Lisa
Mesti ada sesuatu yang mencuit hati pengantin dan pengapit ni..
Web album khas buat Jamil & Lisa dari  http://eventshutter.net/   
http://jamillisa.blogspot.com/ yang direka dan dibangunkan oleh EventShutter Photography khas buat pengantin.. 

Simbah air at the end of the majlis

Lisa & Jamil - acara bebas baling chocolate & goodies pada tetamu

Antara aksi ahli keluarga , there must be something too..

Kanak kanak yang paling syok time ni... berebut chocolate & goodies

Nampaknya bukan sahaja kanak kanak yg take part, dewasa pun samaaaaaa

huhu.. last skali, kena baling kat sawah plak...

See!! how much they enjoyed it!! Eventshutter Photography berjaya merakamkan nya...

Di antara sanak saudara yangmenjaya kan majlis dari awal hingga akhir 

Suasana santai keluarga

We love being captured by Eventshutter Photography yeaaayyyyyyy
Kegembiraan terpancar di wajah ayah pengantin..

Kami di EventShutter  Photography sentiasa ‘alert’ sepanjang majlis berlangsung.. Untuk merakamkan detik2 indah, manis, romantik, detik2 gembira, kekeluargaan, yg unik dan menarik yang akan dijadikan kenangan abadi…. 

Wednesday, February 8, 2012