@ 8 TIP Buat Usahawan Internet Yang Rasa GIVE-UP Berniaga Online.


8 TIP Buat Usahawan Internet Yang Rasa GIVE-UP Berniaga Online


Tip 1
Sentiasa Peka
Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Orang guna fb ads, kita mesti guna. Orang guna google adwords, kita pun mesti guna. Whatsapp, kita pun kena ada.

Tip 2
Tidak Bergantung Dengan Satu Medium
Tidak terlalu bergantung dengan satu medium pemasaran internet. Gunakan apa sahaja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, google, emel, forum, web atau blog, instagram dan sebagainya.

Tip 3
Kumpul Database Kumpul database.
Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dgn Emel, nombor telefon daripada fans yang sedia ada. Kena cepat bertindak.

Tip 4
Tingkatkan Kesedaran
Tingkatkan kesedaran terhadap branding (jenama). Bila orang kenal brand kita tersebut, lagi senang kita nak berniaga. Tak perlu cari orang, orang akan cari kita.

Tip 5
Kreatif
Kreatif. Ya, harus sentiasa berseni dan kreatif dalam dunia bisnes. Takkan kita nak buat sama macam orang lain buat. Persaingan sengit, jadi kita kena jadi lebih kreatif. Anda harus lakukan lain dari yang lain. Bagaimana nak tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing-pesaing kita ? Kaji pesaing anda dan buat lebih dari pesaing anda.

Tip 6
Pantas
Bertindak pantas ketika peluang muncul. Ini antara rahsia jutawanjutawan di internet. Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya secara besar-besaran.

Tip 7
Kos Iklan
Jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang pada bisnes anda. Tak kira apa jua jenis pengiklanan pun seperti FB Ads, atau Google Ads , yang penting anda mesti berani melabur. Tiada kos pengiklanan tiada sales.

Tip 8
Timeline
Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan backup plan jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan perancangan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru.

Comments