@ Mana yang bagus untuk Bisnes, Blogspot atau Domain?




Mana yang bagus untuk Bisnes, Blogspot atau Domain?

Kebanyakkan kita yang baru hendak berjinak-jinak di dalam perniagaan internet tertanya-tanya apakah itu DOMAIN. Dan kita selalu memilih Blogspot sebab ianya percuma.
Ingin saya jelaskan di sini, domain itu bermaksud alamat website anda seperti eventshutter.net atau pun domain yang mewakili nama anda sendiri. Seperti domain saya, saya meletakkan nama sendiri. Apapun nama domain anda, tidak kisah anda nak letak apa sekalipun. Yang penting ianya belum pernah digunakan oleh sesiapa pun.
Dalam perkongsian saya di artikel ini ‘Senjata Usahawan dimasa kini’ adalah 1 KEWAJIPAN DAN KEMESTIAN mempunyai blog atau website. Pada yang masih belum membaca artikel itu, boleh baca di sini.
Apa itu pula blogspot? Blogspot adalah domain PERCUMA seperti mana yang kita layari sekarang nii..., sesiapa sahaja sign up sebagai pemilik blog.  Satu laman tumpang atau pinjam sebagai platform. Ianya PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.

Mengapa perlu ada domain sendiri?

Bagi Usahawan Internet atau usahawan masa kini yang ingin menceburkan diri dalam apa-apa  industri, adalah kewajiban anda memiliki domain sendiri. Mengapa perlu ada domain sendiri? Contoh : ( www.namaperniagaan.com )
Ini jawapan kepada soalan anda :-

  • Domain sendiri memberi keyakinan orang di luar sana  dengan kredibiliti anda.    Anda sebenar mengambil berat & serius terhadap perniagaan anda. Inilah persepsi pada pandangan org di luar sana termasuk pada bank, badan2 kerajaan sekiranya anda ingin mendapatkan suntikkan modal tambahan dengan rasa berkeyakinan tinggi pada mereka.
  • Mencipta domain yang unik tanpa tumpang di mana-mana platform. Seperti mana anda mencipta nama syarikat berdaftar dgn SSM.
  • Bila pelanggan kecil, pelanggan besar atau sesiapa sahaja meminta ' Encik ada website? Saya cuma ada blogspot....., facebook pun saya ada.... Nak jawab pun segan, keyakinanpun berkurangan.... kredibiliti mcm hilang entah kemana. Bisnes tapi tiada website.
  • Bisnes tanpa website, orang akan fikir kita ini adalah agen kepada bisnes yang kita bawa tuu.. ( * agen mesti ada komisen tepi...., harga dah up skit.. )
  • Bayaran untuk Domain sendiri, bukannya ratusan atau ribuan tetapi hanya puluhan ringgit. Sudah memadai. Renew pun setahun sekali atau nak lima tahun terus pun boleh.                        ( Mahal lagi roadtax kereta enjin 1500cc. )
  • Boleh menggunakan sub domain atas domain utama kita bagi urusan perniagaan.
Kebanyakannya Usahawan yg benar2 SERIUS tidak menggunakan medium Blogspot sebagai medium mereka. Ini penting untuk mereka membina jenama seterusnya membina kredibiliti. Boleh lawati website seperti www.irfankhairi.com/blog atau www.sifufbads.com tiada blogspot disitu.

Mengapa bukan Blogspot?

1) Ianya percuma, bila perkara yang percuma pasti ada banyak kekurangan dari segi keselamatan blog, features tambahan dan sebagainya.
2) Tidak menunjukkan kredibiliti kepada Usahawan Internet. Kelihatan anda tidak serius dengan perniagaan anda mahupun kredibiliti.
3) Boleh dibuang bila-bila masa sahaja. Pihak blogspot boleh bila-bila masa sahaja memadam blog anda jika anda menyalahi terma yang mereka telah tetapkan. Begitu juga pemilik blog, mereka boleh menipu orang ramai dengan sekadar hanya memadam blog mereka dari terus dikesan orang ramai.
4) Ini agak teknikal sedikit. Blogspot memerlukan koding bila memerlukan plugin. Berbanding blog yang menggunakan wordpress kita hanya perlu memasang plugin sahaja. Cukup mudah.
5) Tiada keunikan, ini penting bagi menunjukkan anda lain dari Usahawan Internet yang lain. Tiada masalah menggunakan platform blogspot, tetapi untuk jangka masa panjang saya pasti memiliki keunikan itu penting untuk membezakan anda dengan Usahawan Internet yang lain.

6) Blogspot adalah tempat berkongsi maklumat, cerita, tempat luahan perasaan, mengisi kesunyian dan sebagainya. Tapi bagi yang bijak, blogspot adalah tempat permulaan untuk menarik orang ramai kepada ke dalam perniagaanya dengan berkongsikan Tips2 atau info2 yg berkaitan bisnes mereka. Langsung mereka menarik pelanggan ke dalam website offical mereka.
Secara asasnya, memiliki website atau blog adalah perkara pertama yang harus dibuat anda untuk bergelar Usahawan Internet itu sendiri. Anda boleh lihat di sini untuk memulakan website atau blog pertama anda hari ini juga. segala persoalan boleh diajukan di ruangan komen. Saya akan bantu anda untuk realisasikan website anda.

THE STEP : 
Facebook -->invite them to Blogspot --> Website --> Whatsapp --> Close DEAL.




Comments